ARTIKEL

Rabu, 24 Mei 2017

ADUN DAP PERAK BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA ?

0

Selepas DUN Sarawak hari ini melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut kerana pernah memegang kerakyatan Australia, kini giliran ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How DAP-DUN PERAK menjadi tumpuan.
Kami menerima dokumen menunjukkan kemungkinan beliau memegang Dwi-Kerakyatan United Kingdom (UK) dan Malaysia secara senyap yang merupakan satu kesalahan dalam undang-undang negara.
Howard Lee yang dibesarkan di UK sejak usia 12 tahun telah memohon kewarganegaraan United Kingdom sejak tahun 2000.
Bertentangan dengan dakwaan beliau pulang untuk berbakti kepada negara pada 2007, Howard Lee hanya pulang kerana permohonan beliau mendapat kewarganegaraan UK ditolak.
“Lee returned to Malaysia at the end of 2007 saw the start of his involvement with DAP Malaysia. Seeing the injustice and corruption that he has read over the years, he immediately got involved and was inadvertently appointed campaign manager for the then first term candidate for the state assembly constituency of Canning, Sdr Wong Kah Woh. Kempen DUN Pasir Pinji
Beliau terpaksa pulang kerana permohonan beliau ditolak beberapa kali termasuk kali terakhir direkodkan ialah pada 2007 apabila beliau menulis dalam forum imigresen UK mengadu nasibnya yang tidak diberi kerakyatan dan juga visa untuk terus tinggal di England.
It was shortly after I turned 18 that I applied for British Naturalisation (citizenship). I was advised by the relevant authorities that applications for naturalisation would normally take around 18 months to process.
After a great deal of red tape cutting and unnecessary deliberation and correspondence, not to mention a stern letter from a Malaysia MP who’s also a member of the Malaysian Spam, I managed to get a temporary passport from the relevant Malaysian authorities after approximately a year With this single journey passport, I returned to Malaysia with the intention of applying for a settlement visa to return to the UK.
As instructed by the IAS, I returned to Malaysia, and within a short time, acquired a new passport.
Howard sebenarnya tidak lagi setia kepada Malaysia dan hanya terpaksa pulang kerana arahan Imigresen UK yang menolak permohonan kewarganegaraannya dan visa kerja.
Walaupun DAP mendakwa Howard pulang ke Malaysia sejak 2007 untuk membantu mereka “membersihkan” negara ini, namun rekod menunjukkan sebaliknya. Howard masih berusaha untuk menjadi warganegara UK pada 2007.
Malah Howard telah pulang ke England dan bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Tempatan (Local Council) Norwich City pada 2010.
Ini menimbulkan syak wasangka bahawa Horward telah memperolehi kerakyatan UK tetapi tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia.
Walaupun undang-undang UK mmebenarkan warganegara komanwel bertanding dalam pilihan raya Majis Tempatan, namun status kewarganergaraan Malaysia menimbulkan tanda tanya.
Ini kerana PERKARA 24(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.
Kerajaan harus menyiasat status sebenar kewarganegaraan ADUN Pasir Pinji ini.

Selasa, 23 Mei 2017

PAS KECEWA PARLIMEN RAFIZI PANDAN JADI PUSAT JUDI

2









PAS Kawasan Pandan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Taman Dagang, Ampang semalam ekoran kegiatan judi internet yang semakin berkembang di kawasan itu.
“Kami telah mendapat banyak aduan dari para ibu bapa di Pandan tentang Kafe Internet dan Pusat Hiburan Keluarga yang telah disalahguna sebagai pusat perjudian atas talian (online).
“Mereka bimbang pusat-pusat ini akan menarik anak-anak mereka dan pelajar-pelajar sekolah lain yang akan memberi pelbagai kesan negatif terhadap mereka dan keluarga mereka,” kenyataan Pengerusi Lajnah Mobilasi dan Pendemokrasian yang disiarkan di Facebook YB Dato’ Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan semalam.
Menurut PAS Pandan, laporan polis itu turut diiringi oleh para ibu bapa yang bimbang dengan perkembangan terkini tersebut.

Kroni Lari Dari Cukai Zaman Tun Mahathir?

2
Malaysiakini laporkan bahawa Tun Mahathir tuduh ada syarikat besar diburu LHDN kerana beri derma kepada parti Tun. Berikut adalah petikan laporan tersebut:
Semalam, MK Land Holdings Bhd mengumumkan bahawa firma itu menerima penyata cukai RM80.77 juta berhubung dengan tahun taksiran 2009-2011 dan 2013.

Antara projek MK Land, adalah membangunkan Bukit Merah Laketown dan Damansara Perdana. Syarikat itu diasaskan oleh Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Menurut satu pemfailan MK Land kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu tidak bersetuju dengan kaedah penilaian LHDN dan akan mengemukakan rayuan.

Sementara itu, aset milik pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB) dan pemegang saham utama syarikat berkenaan, Tan Sri Lee Kim Yew dalam sebuah bank asing dibekukan oleh LHDN awal bulan ini.

Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, LHDN cuba mendapatkan cukai RM22.5 juta daripada anak syarikat CHHB bagi tahun 1997 dan 1998.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/383153

Jelas ada syarikat yang disiasat atas cukai semasa Tun Mahathir berkuasa iaitu tahun 1997-1998.

Cukai bukan sahaja syarikat besar kena bayar. Mana-mana rakyat Malaysia yang layak dicukai akan turut disiasat oleh LHDN sekiranya ada yang tak kena dalam cukai-cukai yang lepas. Itu perkara biasa bagi pembayar cukai. Takde pulak mana-mana ahli politik mahu perjuangkan perkara ini. Tapi bila ada syarikat besar yang diburu, ada pulak yang membela.

Eloklah LHDN pandai buat kerja, kejar syarikat-syarikat besar. Ini marhaen baru dapat bonus atau jual rumah dah kena tolak cukai. Takkan syarikat besar untung juta-juta boleh terlepas?

Bab cukai ni elok tak payah politikkan. Bukan kroni Tun je yang kena macam ni. Kalau nak bela, bela semua orang, bukan terpilih kepada yang kaya-raya dan elit-elit sahaja.

*Pakatan3kroni.


Isnin, 22 Mei 2017

TSMY BAKAL DISINGKIR!

0

APA RANCANGAN MEREKA??

0

TAK SOKONG DSAI PM KE-7: TUN M ADA JAWAPANNYA

1
video


DULU PUN TAK SOKONG, TAK KAN SEKARANG NAK SOKONG?? 


AMPANG DAH LETAK JAWATAN, BAGAN BILA LAGI????

0

BAGAN BILA NAK LETAK JAWATAN??

ESSZONE: PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN

0

MALAYSIA TEKAD MENDEPANI ANCAMAN KEGANASAN DAN EKSTREMISME

0
 Sidang Kemun­cak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat (AS), Mei 2017

KABINET HARAPAN PASCA PRU 14

0


WAN AZIZAH PEMIMPIN PALING LEMAH DI DUNIA!!!

1
10 PERKARA TENTANG WAN AZIZAH YANG PERLU ANDA TAHU!!











PESANAN HJ HADI: PKR ADALAH KAWAN POLITIK YANG SALAH SEBAB ITU TAHALUF SIYASI DIBATALKAN

0
ISLAM menegaskan politik sebahagian daripada syariat yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Bai’ah adalah rukun yang mengikat di antara pemimpin dan rakyat dengan hukum Allah supaya tidak dikhianati berasaskan petunjuk Islam yang membahagikan kepada dua bahagian iaitu; Thawabit dan Mutaghayyirat.
Pertama- Thawabit adalah perkara dasar dan matlamat yang tidak boleh dipinda sepanjang hayat dan ditetapkan oleh nas al-Quran, Hadis, Ijma’ para ulama’ dan Qias yang nyata. Perkara ini telah ditetapkan menjadi hukum tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS (Perlembagaan) yang diserahkan dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama’. 
  
Setiap tugas penting yang mencabar dilakukan bai’ah yang bermaksud janji kesetiaan terhadap perjuangan yang diasaskan di atas perkara tersebut supaya tidak diperlakukan dengan mudah dan sewenang-wenangnya.
Firman Allah menegaskan perkara baiah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح.
 
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’ah (pengakuan kesetiaan kepadamu (wahai Muhammad) untuk berjuang, mereka hanyasanya memberikan bai’ah (pengakuan kesetiaan kepada Allah); Allah mengawasi keadaan mereka memberikan kesetiaan itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.” [Surah al-Fath: 10] 
  
Rasulullah SAW melakukan bai’ah apabila melantik jawatan yang penting atau menghadapi sesuatu cabaran besar. Amalan ini dilakukan di sepanjang zaman oleh kumpulan Islam yang memerintah negara atau tidak memerintah. Maka setiap khalifah yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah SAW mengadakan bai’ah dihadapan rakyat dan pemimpin utama yang menjadi komponen kepada jamaah.
Betapa pentingnya bai’ah ini sehingga Khalifah Uthman bin Affan R.A. yang dipaksa oleh pemberontak dengan menghunus senjata memaksanya supaya meletakkan jawatan, dengan tegas Khalifah Uthman menjawab: “Jawatan ini adalah pakaian yang dipakaikan oleh Allah kepada saya, maka saya tidak akan mencabut pakaian ini”. Maka berakhir dengan Khalifah Uthman R.A. bersedia gugur syahid bersama al-Quran yang dirangkulnya.
   
PAS mengadakan bai’ah yang diwajibkan kepada setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya. Setelah mereka menang terus diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan exco yang dipegang oleh ADUN Negeri Selangor yang tidak boleh diberhentikan dengan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut secara mudah.
Bagi PAS terdapat tiga komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu; Islam adalah agama negara, Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat yang mengundi juga wajib diambil kira, bukan sahaja parti yang bertanding dan calon yang menang dipilih rakyat sama ada di atas nama dirinya atau parti.    
Jangan hanya bermain politik sesama dalaman parti tanpa memandang kepada segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunnya. Peristiwa YB Tan Seri Khalid Ibrahim dipecat dan Langkah Kajang yang salah tidak boleh melompat parit kerana mahukan cita-cita politik ‘mee segera’ yang membebankan rakyat dan DYMM Sultan sepatutnya menjadi pengajaran.  
   
Kedua - Mutaghayyirat adalah perkara yang boleh diubah mengikut situasi, realiti dan strategi yang mengalami perubahan mengikut setiap perkembangan semasa dan masyarakat yang berbeza, dalam aspek pelaksanaan yang berkonsepkan kebijaksanaan bagi menyampaikan risalah Islam kepada manusia tanpa paksaan.
 
PAS mengadakan Tahaluf Siyasi atau persefahaman politik dengan pihak lain dalam perkara yang tidak melanggar sempadan dasar dan matlamatnya.
Tahaluf Siyasi terbatal apabila ada pihak yang sengaja membatalkannya kerana tidak boleh menerima walaupun secara persefahaman disebabkan oleh sikap bermusuh terhadap PAS yang berpegang teguh dengan Islam. Inilah pendekatan DAP sendiri kerana menolak konsep Negara Islam, menolak syarat mewajibkan kepimpinan negara seorang yang beragama Islam, menentang segala usaha PAS untuk melaksanakan syariat Islam walaupun kepada penganut Islam sahaja dan membelakangkan Institusi Raja kerana mengikut selera politik mereka.  
 
Keputusan Majlis Syura Ulamak juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi bersama PKR terbatal, apabila syarat-syarat Tahaluf dicabuli sama ada salah laku terhadap hukum syariat dalam pendekatan politik atau melanggar adab bertahaluf kerana mengikut kawan politik yang salah disebabkan konsep oportunis mereka.        
   
PAS sangat berpegang kepada petunjuk Allah:
قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٤ التوبة.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [Surah at-Taubah: 24]  
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

DAVID TEO DICADANG MASUK KURSUS KENEGARAAN

0
1. Insiden prosedur David Teo pembikin filem-filem dan drama Melayu ditampar oleh Mat Over mendapat pelbagai respon.

2. Program TN50 telah memberikan peluang kepada para artisan untuk meluahkan isi hati dan minda mereka kepada Perdana Menteri (PM) secara terus tanpa melalui Setiausaha Politik, Penasihat PM atau pegawai-pegawai kanan PM. Ianya satu peluang keemasan dan keterbukaan yang sedang diamalkan oleh DS Najib.

3. Malangnya semasa giliran David Teo, dia telah ditampar oleh pelakon Mat Over. Pada masa itu, David Teo sedang bertanyakan dengan nada, gaya dan cara yang dilihat tidak bersesuaian dengan budaya orang-orang Melayu. Adakah itu budaya David Teo? Barangkali David Teo terlupa DS Najib bukan pelakon yang boleh dia marah jika tidak berpuashati.

4. Namun begitu, jika saya moderator ketika itu, saya akan memberi peluang David Teo meneruskan percakapannya walau David Teo bercakap dengan cara agak kasar dan dilihat kurang sopan kepada pemimpin negara. Biar audiens menilai budaya David Teo. Sepanjang pengalaman saya, DS Najib adalah seorang pemimpin yang bersuara lembut, tenang, mendengar dan tidak suka kepada kekerasan.

5. Sebab itulah ketika DS Najib memerintah, tidak ada pemimpin pembangkang bermata lebam. Malah, DS Najib memberi perhatian kepada keselesaan DS Anwar Ibrahim di dalam penjara. Buku, tempat tidur dan sebagainya dipenuhi berbanding tahanan di Kamunting (ISA) suatu ketika dahulu(1). Seorang AMT PKR mengesahkan kepada saya akan kemulian DS Najib memastikan keselesaan dan keselamatan DS Anwar di dalam penjara.

6. Oleh itu, jika David Teo membabi buta dan bercakap agak kasar kepada Perdana Menteri Malaysia, saya sangat yakin DS Najib akan mendengarnya jua. Namun, faktor lain pula ialah orang-orang Melayu dan Islam tidak dapat menerima cara David Teo itu. Perkara inilah yang tidak diselami oleh David Teo dan akhirnya Mat Over bertindak di luar jangkaan. Pada pandangan saya, David Teo patut masuk kursus kenegaraan di BTN.

7. Rakyat Korea Utara pasti akan menerima nasib buruk jika berkelakuan sebegitu di hadapan Presiden Korea Utara. Paling dekat, rakyat Indonesia walau berbeza fahaman politik dengan Presiden mereka tetapi mereka tidak akan berkelakuan sebegitu kepada pemimpin utama mereka. David Teo beruntung kerana berkelakuan jelek di hadapan PM yang sabar dan tenang.

8. Satu perkara David Teo barangkali terlupa, dia menjadi kaya raya dengan membuat filem-filem Melayu, menggunakan pelakon-pelakon Melayu dan dengan bantuan kerajaan. Sudah berpuluh-puluh tahun David Teo bergelumang dengan aura Melayu. Barangkali David Teo tidak akan berjaya jika menerbitkan filem-filem Cina, siapa hendak menonton?

9.  David Teo itu sepatutnya berterimakasih kepada DS Najib kerana mengadakan program TN50. David Teo telah menikmati kejayaan dan kekayaan yang tidak dinikmati oleh produser-produser Melayu lain seperti AR Badul dan sebagainya.

10. Saya mencadangkan David Teo memohon kursus kenegaraan di BTN (2). Saya pernah melihat Tian Chua berhujah dan berbahasa dengan begitu sopan dan beradab semasa mengeluarkan pandangannya dalam sesi meja bulat pada tahun 2010 dahulu.

11. Sayang sekali, David Teo seorang Askar Wataniah dan public figure tetapi gagal menjadi jambatan(3) kepada perpaduan nasional.
_________________________________________
(1) Syed Husin Ali, Two Faces, Detention without Trial, 1990.
(2) Kursus Kenegaraan oleh BTN pernah dibuat bersama artis, 2010

(3) Teori 'The Bridge' by Profesor Jayum Jawan, Ohio University, USA, 2017.

Ahad, 21 Mei 2017

SULTAN SELANGOR SHOULD INTERVENED AGAINST THE PROLONG POLITICAL CRISIS

1
Selangor Government: A Broken Unity 

By today the Sultan of Selangor should have intervened against the prolong political crisis in the state of Selangor. If it is to prolong, it might exacerbate political tension and might also endanger the safety of the country and the nation in general.

The crisis is not just merely concerned about political affairs, but it also affects religion, dignity and racial pride and belief system.  Political conscience and debates may not always work for every politician - a human animal whose minds by all means is thinking about winning – this is the price of globalization  which needs a very sophisticated approach to handle human prejudice.

The decision of PAS to sever its cooperation with the PKR has given a big blow to the state government of Selangor.

Subsequently, PKR President, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail said the party wanted all the PKR political appointees in the Kelantan government to quit forthwith. The question is, how about the other 13 PAS representatives in the Selangor state?


If the PR forfeit the three exco from PAS, the party had hinted that the 13 PAS exco member in the Pakatan will surely leave from the PR government in the state of Selangor meaning that the Pakatan side on the edge  with only 29 assemblymen  in the 56-seat state assembly.
What makes the PR is so convinced that they can fully operate the government and fully resolved problems faced by the people of Selangor whereas it has little voice in making decisions. Sabotage, bias, negative perception, nonchalant attitude of the assembly members may not be easily hidden. Obviously, there is no compromise on both sides pertaining to the importance of race, religion and ideology. Selangor will continually suffer from excos’ ideological battle which have resulted in the lack of conscience about dishing up peoples' problems.
When three ideologies merge, all hell broke loose because the parties failed to conform to the common goals, or there is no goal at all. Is it possible  for PR to have one goal, while on the contrary each party extols liberal democratic secularism. Does this ideology fit into Islamic beliefs which is carried by PAS for a generation?

It has proven that the conflict in the PR is about religion. The PAS  announced that the party will sever ties with Parti Keadilan Rakyat based on its interpretation of Islam regarding the relationships with the liberals.  The reason was because PKR has not supported PAS  but instead opposed PAS' Islamic agenda such as RUU355, attack PAS leadership and betrayed the political relation by working with others especially the Pakatan Harapan to topple the Kelantan government.

The unmannerly comment from The PKR Deputy President aggravates more political tension when  Azmin Ali chided PAS members as “Tok Lebai”, that denotes a conservative Islamic thought which is clearly affecting the sensitivity of ulamas in PAS. Not but that  everyone in the coalition namely the PKR, the DAP, the party Amanah Negara and the newly established coalition the PACT of Hope  have made themselves available to lecture about religion with the intention to downgrade the role of PAS.

Selangor, a state that is known to have been progressing in economy as a result of  hard work and commitment of the government of the past that is the BN. So the PR is supposed to work on for the betterment of the people of Selangor. Unfortunately, it seems that the PR administration is lacking intelligence in ruling the state. Their actual political behaviour of antagonism begin to surface.  They cannot compromise their ideology. They cannot think about ideology of a common goal.

The PR came into existence when the three parties agreed upon forming a coalition, most of the members are defunct members either from UMNO or PAS. The party aims to topple the government through the election and they did. In the PRU 13, the PR won the state of Selangor. The truth is that both the defunct UMNO and PAS members continue with their antagonistic behavior, including the DAP in which the majority of its member are Chinese who came out to challenge the government’s policy on bumiputra in 1969.

The PR is still searching for its own identity. Obviously, it is excessively young to govern the multi-racial and multi-religious societies.  Neither does it work for the betterment of all people, nor does it provide freedom for them. What is obvious, the PR government is adding more confusion in their minds of the citizenry with an ideology that is foreign to them and not even suitable with their lifestyle and thinking.

Liberal democracy, secularism and socialism are terms that please their ears and yet it is only to discombobulate the whole system of a country.  What is more the politics of zero sum game as manifested by the opposition party, especially, the government of Selangor is really unscrupulous.

Unlike the Barisan Nasional, it survives a long way ever since Malaya gained independence until today. The UMNO, MCA and the MIC  existed before Independence with one common goal of liberating the land from the British. The triumphant victory in the first election resulted in the spirit of oneness among the party members to bring Malaya to a pedestal of economic success regardless of race and religion. The nature of politics of the three parties can be described as this; if you deliver the goods, an institution of better land would always be possible and the rewards that you must work hard to establish that your present  situation would be more beneficial than the past.

The political crisis in Selangor state is not simple and it might not settle offhand. The crisis involves human prejudice that might create more war. As Jarome D. Frank describes in his work, Law of the modern mind;

Once we cast another group in the role of enemy, we know that they are to be distrusted- that they are evil incarnate. We then twist all their communication to fit our beliefs.


To  the Selangor state political leaders I would wish to articulate this, mankind cannot change overnight. Liberal majority rule and the secularist concept of politics of western model which always refers to an Islamic  layman as an immoral life  belongs to western people. It is a nightmare, if the secularist and liberal system  are our alternatives. We are prejudiced people and our constitution is already almost too perfect. The Chinese and Indian and other races in this country should accept and  learn to compromise undoubtedly in order to create a large commonwealth of its sort. Liberal and secularist mind should be kept safe in the individual moral sense. Because it will not function in a moderate Islamic country such as Malaysia. (Putrajaya Insider)




Jumaat, 19 Mei 2017

WARKAH DARI BRUSSELS: AZMIN DAN AZIZAH BERCAKARAN ISU 3 ECO PAS

2


1. Senario politik Selangor sentiasa panas. Ia akan menjadi semakin  panas setiap kali bulan puasa Ramadhan. Panasnya menguji iman orang berpuasa dan menguji ketahanan nafsu orang berkuasa.

2. Selasa lepas, PKR parti yang sememang bernafsu besar telah mengeluarkan arahan kepada MB Selangor untuk memecat 3 exco Pas sebaik tiba di Balai Ketibaan KLIA. Apa yang mengejutkan, Azmin tidak akan akur dengan arahan tersebut. Apa nak jadi, jadilah. Untuk memecat 3 exco Pas, Azmin tidak akan buat. Dia akan melawan arahan PKR. Tindakan yang sama seperti tindakan Tan Sri Khalid 3 tahun dulu.

3. Azmin melalui Pejabat MB menghantar mesej yang jelas. Tidak ada pemecatan. Akhbar *Selangorkini* yang diletakkan di bawah Pejabat MB, telah memuatkan berita utama yang mengejutkan. Pada keluaran 19 Mei 2017, Pejabat MB jelas memasukkan Pas dalam team PAKATAN yang meraih 69% sokongan rakyat Selangor. Tiada lagi istilah Pakatan Harapan (PH). Ia adalah hasil dapatan *Institut Darul Ehsan (IDE)*.

4. Pada Januari lalu, kajian IDE  mengasingkan Pas dalam Blok Ketiga,  team yang berasingan. Tetapi tidak pada kajian April ini. Cerita sebenarnya ialah, *Pas* meraih *42%* dan *PH* hanya meraih *27%* sahaja, sementara *BN 31%* populariti. Hasil kajian Januari dan April dilihat konsisten dan sama. Pas masih menjadi parti paling popular. Pakar-pakar politik tempatan melihat ini sebagai cubaan Azmin untuk memujuk Pas kekal bersama-sama. Itu isyarat tersembunyi tiada istilah pecat utk 3 exco Pas.

5. Bukti kedua ialah jadual mesyuarat rutin exco-exco berjalan seperti biasa. Jemputan telah dikeluarkan oleh Pejabat MB kepada semua Pejabat Exco termasuk 3 exco Pas. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada hari Rabu 24hb Mei, Mesyuarat MTES pada hari Khamis 25hb Mei dan Mesyurat Standco Tanah pada hari Jumaat 26hb Mei. Keadaan di 3 pejabat Exco Pas juga tenang dan terkawal, seolah-olah Pas pegang MB.

6. Bola sekarang di kaki Wan Azizah. Wan Azizah yang mengeluarkan arahan dan sekarang arahan tersebut dilanggar di depan mata. Apakah Plan B Pkr? Adakah  Azmin akan dipecat? Adakah PH atau lebih spesifik Dap dan Pan akan berdiam diri? Tindakan Azmin jelas bertentangan dengan arahan Majlis Presiden PH. Adakah PH boleh berkompromi?

7. Kepada peminat politik di luar sana, sekali lagi anda akan menyaksikan siri pemecatan MB dari partinya. Sekali lagi, Selangor akan mendapat MB bebas. Sekali lagi, MB bebas akan diuji dengan jumlah majoriti yang tak jelas. Sekali lagi, Istana Melawati disibukkan dengan menemuramah setiap Adun untuk mengetahui nasib Azmin. Sekali lagi, akan ada sesi lompatan parti bagi Azmin mendapat majoriti. Lompat dari mana ke mana?

8. Jika Azmin telah dipecat, maka Pkr bukan lagi partinya. Azmin akan mendapat majoriti dengan sokongan Pas (13 adun), BN (11 adun), adun-adun Pkr yang setia dengannya dan juga adun-adun Dap yang akan dibeli oleh BN. Dalam kes Perak, krisis ini selesai dalam masa 2 minggu sahaja. Segala transaksi dilakukan di negara ketiga. Maknanya sebelum raya nanti, krisis Selangor akan selesai. Dalam bacaan politik, itulah sahaja pilihan yang Azmin ada. Dia akan semakin kuat bukan di bawah Pkr atau PH. Dia akan bertambah kuat di Blok yang baru. The strongest Azmin, moto baru Selangor.


Haji Harun Sheikh Malik
Cafe de Gulf, Brussels
19 Mei 2017

Khamis, 18 Mei 2017

BECOMNG HANNAH: HANNAH YEOH CADANG HAPUS RUANGAN KAUM DALAM MYKAD

3

Hannah Yeoh pernah mencadangkan ruangan kaum dalam MyKad dihapuskan untuk mewujudkan bangsa Malaysia tanpa mengira ras, dedah Helen Ang.
“Bukan itu sahaja, Hannah Yeoh juga cuba menyekat istilah “Melayu” untuk diisi dalam ruang butir ‘Keturunan’ dalam borang-borang rasmi,”
Penghapusan identiti bangsa dalam MyKad itu akan mencapai matlamat utama perjuangan DAP untuk mewujudkan bangsa Malaysia tanpa kaum atau ‘Malaysian Malaysia’.
Untuk membuktikan dakwaan itu, Helen Ang turut melampirkan kenyataan Hannah Yeoh dalam Sinar Harian, bertarikh 20 Jan 2014.
“Tak ada orang halang kalau anda memilih untuk menjadi Melayu. Tapi ia tak perlu ada dalam IC (MyKad).
“Kalau jadi wakil rakyat, saya tak nak tahu bangsa anda. Saya nak tahu apa yang anda tahu untuk bantu kawasan itu,” katanya ketika menjawab soalan daripada salah seorang wakil peserta Forum Perpaduan dan Masa Depan Negara.
Tambah Helen lagi, ADUN DAP itu bukan setakat membuat seruan, malah turut mempraktikkan penyisihan bangsa Melayu di DUNnya.
“Contohnya Hannah Yeoh telah enggan membantu sebuah Residents Association semata-mata kerana mereka memakai nama persatuan penghuni pangsapuri ‘Melayu’ dengan alasan dia (YB Subang Jaya) menolak keras sifat perkauman.
“Tapi jelas sekali perangai si Dapster itu dwi-standard. Lebih-lebih lagi Dapsters yang dicucuk hidung mereka oleh evangelista,”dedahnya lagi.
Kempen Hannah untuk menghapuskan identiti bangsa turut disiarkan dalam organ DAP,roketkini.
Hannah itu berkata, dalam memberi bantuan kepada rakyat, bangsa bukan soal yang perlu dititikberatkan terutama ketika mengisi borang bantuan.
“Borang itu agak keterlaluan dan perlu dihapuskan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Tidak penting bangsa anda apa yang penting kami tetap bantu.
“Apa yang lebih penting dalam borang itu adalah saya dapat tahu lebih lanjut masalah anda,” ujarnya.
Menurut Roketkini, saranan Hannah telah disokong oleh Datuk Saifuddin Abdullah yang ketika itu berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
“Kita kena ada satu langkah permulaan, antaranya membuang ruangan ‘kaum’ dalam borang kerajaan.
“Melalui langkah ini, saya rasa semua rakyat akan berasa mereka adalah ‘Malaysia’ kerana tidak dikelompokkan sebagai mana-mana kaum,” katanya. (aidc)
Bacaan tambahan ini berkaitan.

Rabu, 17 Mei 2017

Kaitan Lim Kit Siang Dengan 13 Mei 1969

3


Sejak 13 Mei 1969 sampai sekarang, muka tu jugak yang pimpin DAP.

Itu pun DAP masih bercakap pasal PERUBAHAN dan HARAPAN BARU.

*Ubah DAP sebelum Ubah Malaysia. Setuju?

Think Tank Pas Persoal Guan Eng Terlibat Gerakan Christian Zionism?

0


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Pendedahan yang bertujuan mendedahkan hipokrasi DAP dalam mengamalkan politik sekular, telah diheret oleh media massa untuk melihat hubungan DAP dengan gerakan Kristianisasi.

Secara umumnya, maklumbalas yang diberikan oleh pimpinan DAP khususnya Hannah Yeoh terhadap isu yang digembar-gemburkan oleh media, ialah dengan cuba menafikan keterlibatan DAP dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.

Berkaitan dengan isu ini, PPP melihat DAP tiada kesungguhan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dengan sikap berlepas tangan pimpinan-pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu ini hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup. Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar. Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dari kalangan pengundi-pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.

DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” pada awal tahun 2015. Buku ini ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan, yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “The Armies of God: A Study in Militant Christianity”. Di dalam kedua-dua buah buku ini, penulis cuba menggambarkan kewujudan gerakan Kristianisasi global yang melampau, digunakan oleh kuasa Imperialisme untuk mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

Penulis telah memuatkan dalam kedua-dua buku ini bukti-bukti yang sarat tentang teori yang cuba beliau ketengahkan, iaitu wujud gerakan Kristianisasi melampau yang dipelopori oleh Imperialis, bukan sekadar penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain. Berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang difahami daripada tulisan Buchanan telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks. Terdapat juga beberapa negara yang telah menghalang penyebaran gerakan seumpama ini, demi untuk menghalang campurtangan kuasa Imperialisme di negara-negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, PPP mendesak supaya DAP menjawab buku Buchanan yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain. Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.

Buku yang ditulis oleh Buchanan ini, sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism. PPP juga mengambil perhatian bahawa penulis pernah membentang kajiannya berkaitan dengan gerakan Kristianisasi melampau ini dalam satu persidangan di Malaysia, yang dirasmikan ketika itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Melihat kepada kesan besar gerakan Kristianisasi melampau yang didedahkan oleh penulis ini, PPP sekali lagi mendesak supaya DAP memberi jawapan terhadap pendedahan buku tersebut yang telah berlegar di dunia maya sejak 2015 lagi.

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pegarah Pusat Penyelidikan PAS

16 Mei 2017
20 Sha`ban 1438

Selasa, 16 Mei 2017

TAHUKAH ANDA????

2






JIKA TIDAK TAHU.. SILA AMBIL TAHU.... 

SEKARANG MASA TERBAIK PAS JADI MB SELANGOR, PENANDA ARAS KERJASAMA DI PRU14

1
1. Keputusan Majlis Syura PAS menamatkan tahaluf siasi dengan PKR terutama DAP telah diumumkan dengan rasmi oleh SU Majlis Syura PAS. Namun begitu, 3 exco PAS masih duduk di dalam kabinet Azmin Ali walaupun DAP dan PAN setiap hari mendesak Azmin supaya memecat ketiga-tiga exco tersebut.(1)

2. Sungguh sadis keadaan 3 exco PAS di atas. Azmin pula cuba bertahan menggunakan alasan mandat 2013 untuk mempertahan kerajaannya untuk mengekalkan 3 exco tersebut walupun DAP dan PAN setiap hari mendesak Azmin memecatnya.

3. Saya berpandangan PAS tidak sepatutnya mengulangi kesilapan lama. Pada tahun 2008, rundingan PAS-UMNO untuk membentuk Kerajaan di Perak dan Selangor telahpun diketahui ramai (2). Jika pada masa itu PAS istiqamah dan tidak terpengaruh dengan hasutan musuh, PAS sudah menjadi Menteri Besar di Selangor dan kekal Menteri Besar di Perak.

4. Tokoh-tokoh perpaduan PAS seperti Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali termasuklah tokoh besar DS Tuan Guru Hadi Awang telah menggerakkannya pada ketika itu. Kegagalan pada masa itu tidak sepatutnya diulagi.

5. Ramai orang tidak faham bilamana Presiden PAS menyatakan mereka akan memerintah 4 atau 5 negeri. Sebenarnya, inilah masa yang sesuai, jika PAS keluar terus daripada kerajaan negeri sekarang, kedudukan menjadi 28 (PAS-UMNO-BEBAS) dan 29 (PH). Dengan kedudukan sangat menggerunkan ini, DYMM Sultan Selangor boleh memainkan peranan untuk menstabilkan kerajaan negeri dengan menasihati mereka supaya menuruti kehendak rakyat.

6. Di mana-mana anda berada di Lembah Klang hingga ke Klang, majoriti kemahuan rakyat di Selangor sekarang adalah mereka mahu melihat Menteri Besar daripada PAS. Sebabnya mereka bosan dengan kemelut yang berlaku sekarang. Mereka mahu melihat cara PAS memerintah di Selangor. Perkara ini gagal dibaca dengan tepat dan cepat oleh sebilangan kepimpinan PAS.

7. Jika PAS memerintah Selangor, aura Islamik akan lebih terkehadapan sebagaimana Kelantan. Saya yakin UMNO tidak ada masalah untuk berkongsi kuasa di Selangor dengan PAS kerana MCA, MIC, MyPPP dan Gerakan tidak ada kerusi pun yang dimenangi di Selangor. 

8. Oleh itu, lebih baik 3 Exco PAS sekarang meletak jawatan daripada kelihatan terhegeh-hegeh ditolak oleh DAP (3), disindir dikata oleh PAN(4) dan PKR pun tidak sepenuh hati menyokong PAS lagi. Azmin pun hanya memberi sokongan sementara kepada PAS untuk mengelak kerajaan negeri terbubar. Itu sahaja. Setahu saya terhegeh-hegeh bukan amalan politik PAS.

9. Bagaimana pandangan anda, bersetujukah PAS menjadi Mentri Besar Selangor dalam keadaan politik Selangor yang tidak stabil sekarang ?
_______________________________________________________________________

(1)  http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/34-pimpinan/1408-kenyataan-media-majlis-syura-ulamak-pas-tahaaluf-siyaasi-pas-pkr-terbatal
(2)  Rujukan mengenai mereka DS Dr. Mohd. Khir Toyo, Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa banyak terdapat dalam portal berita.
(3)  https://www.malaysiakini.com/news/382022 , https://www.facebook.com/BeritaTV3/videos/1765078603507313/

(4) Ucapan YB Khalid Samad dalam program 'Bicara Rakyat', Pakatan Harapan Mersing, 11 Mei 2017.