Rabu, 21 Disember 2016

SKANDAL SEKS: MUHYIDDIN PECAT ANINA, TUN M BERDIAM DIRI


anina-ppbmAIDCNews -20/12/16 – Anina Saadudin mungkin bakal dipecat Ketua Srikandi PPBM esok ekoran skandal seksnya, dakwa facebooker Inspirasiku Mahathir.
“Serangan demi serangan dari dalam Parti BERSATU sendiri ke atas Ketua Srikandinya bakal menempuhi titik noktahnya esok.
“Pejuang WANITA yang berani selepas era Rafidah Aziz ini berkemungkinan besar diPECAT???
“Sama-sama kita tunggu dan lihat percaturan politik serta kematangan parti yang berusia 100 hari ini,”dakwanya.
Empat hari lepas, sebuah blog mendedahkan kenyataan bekas pembantu Anina berkenaan skandal seks Ketua Srikandi PPBM itu.
Pendedahan itu dibuat melalui blog Captain M adalah seperti berikut :
Pendedahan isu skandal seks Anina yang menjadi kecoh sejak beberapa hari ini sebenarnya bermula dari pendedahan Pembantu Peribadinya. Ikuti perbincangan dalam Blog Captain M.

1. Dua hari ini nampaknya Isu Skandal Seks Anina Saadudin Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  mewarnai dunia media sosial. Perkataan trending sekarang ialah “Salam 4 kali”.Bermula dengan pendedahan sebuah laman blog bernamaKAMIKAZENEWS yang dikongsi oleh portal Tv14, selain didedahkan oleh blog pembangkang seperti milosuam Amenoworld, dan beberapa blog lain. Anina pada 15 Disember 5.23 petang melalui kenyataannya dalam Facebook Anina Saadudin didapati tidak membuat sebarang penafian secara umum sebaliknya menyifatkan tuduhan skandal seks dengan “4 kali klimaks” itu sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan berpolitik.
“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia. Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks. Sabarlah kerana jika kita hendak mencuci jamban, sudah pastilah kita perlu terkena kotorannya juga. Jika tidak bagaimana nak cuci jamban”.
2. Kemana hilangnya singa betina Anina Saadudin? Dulu dia pernah hina Tuan Guru HAdi Awang, hina Islam malah keberaniannya sehingga menyaman Presiden UMNO seakan tenggelam dibalik madah jawapan Anina yang sepatutnya beliau melaporkan kepada pihak polis dan bersedia menyaman pihak yang mendedahkan skandalnya jika itu tidak benar. Mengapa Anina takut? atau ada sesuatu yang Anina sembunyikan?.

5 comments:

Tanpa Nama berkata... 21 Disember 2016 6:14 PTG

Menarik jgk cerita ni. Teringat plk kisah ketua Pan yg skandal dgn bini org suatu masa dulu.

Tanpa Nama berkata... 22 Disember 2016 4:33 PG

pembangkang dgn seks berpisah tiada..

Tanpa Nama berkata... 22 Disember 2016 4:21 PTG

patutla... dia tak suka kat islam ke... tu pasal perangai cam bukan islam jer... kah kah kah adakah ini orang-orang yang akan menjadi pemimpin negara kita ? ini lah yang bercita-cita nak merampas teraju pemerintahan Malaysia ? adakah di mempunyai agenda nak jadikan PPBM ejen sindiket pelacuran terbesar dunia ?

Mael Hashim berkata... 23 Disember 2016 10:28 PTG

alang-alang menyeluk lekasam, biar sampai ke pangkal lengan ... mungkin itu jadi pegangan.

Tanpa Nama berkata... 24 Disember 2016 8:59 PG

UMNO OHHH UMNO .....
JANGAN LAH MNGKUBUR KAN PARTI KESAYANGAN MELAYU
INI AKIBAT GEJALA BUDAYA ROH KETAMMAK ( HARTA .. KORUPSI )
DAN KEBUASAN NAFSU ( SEKS )

Catat Ulasan