Khamis, 20 April 2017

ZURAIDA AMPANG DAN ADAM ROSLY BERLUMBA-LUMBA PADAM REKOD MASING-MASING



“Adam Rosly bukan pegawai khas kepada saya”
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dilaporkan berkata, Ketua Angkatan Muda PKR Ampang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu itu juga tidak pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor,  Azmin Ali.
“Inilah budaya PKR .. Bila ada hal terus tak mau mengaku ada kaitan.
“Bila dah ada hal terus tak mengaku menjadi Pegawai Khas .. kalau tidak tu buat senyap bila jawatan itu dikaitkan dengan Zuraida oleh hampir semua media dari arus perdana ke media maya,” ulas Hanisya Abdul Hamid
Bekas aktivis PKR itu berkata demikian ketika mengulas sepucuk surat daripada Setiausaha PKR Ampang yang menafikan Adam sebagai pengawai khas Zuraida.
Sementara itu, BNBBC.my melaporkan Zuraida kini sedang berusaha keras untuk memadamkan rekod-rekod lama perkaitannya dengan Adam selepas Ketua AMK Ampang itu ditahan SPRM.
“Meskipun tiada ‘hitam putih’ atau sebarang dokumen yang membuktikan pelantikan Adam sebagai pegawai Zuraida, namun menurut sumber, semua ahli PKR Ampang tahu tentang hubung kait antara Adam dan Zuraida.
“Penafian Zuraida itu juga dilihat tidak tidak selari dengan segala aktiviti Adam yang sering dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dan Instagramnya sejak 2008 mengenai kekayaan beliau.
“Adam bagaimanapun telah memadam akaun tersebut sejak kekecohan mengenai rumah ‘Disneyland’ nya yang terletak di Ampang didakwa bernilai RM7 juta.
“Begitu juga dengan rumah keduanya di Putrajaya yang bernilai RM800 ribu dimana sebelum ini beliau turut memuatnaik dalam akaun yang sama.
“Selain itu, segala aktiviti di Ampang yang beliau menjadi wakil kepada Zuraida turut dimuatnaik sebagai catatan program yang PKR anjurkan,”lapor portal itu.

0 comments:

Catat Ulasan