Ahad, 18 Jun 2017

RAJA PK DAKWA TUN MAHATHIR DALANG PERBUATAN DOJ AMERIKA


Tun Dr Mahathir Mohamad disyaki dalang saman sivil terbaharu dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dakwaan itu dibuat oleh pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang menamakan empat tokoh lain yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; peguam, Matthias Chang; Pengarah Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
Ia juga sebagai justifikasi kenapa pimpinan tertinggi DAP, khususnya Lim Kit Siang bersunguh-sungguh melobi mahu nobatkan Dr Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dalam susunan terbaharu gabungan pembangkang itu bagi menghadapi PRU 14.
“Selepas itu Mahathir meminta Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengambil alih.
“Sivarasa adalah seorang peguam Anwar (yang memfailkan tindakan mahkamah mengenai RM9.5 juta yang dikatakan telah dibayar Muhammad Shafee Abdullah) manakala Cynthia ada pautannya dengan Amerika Syarikat,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “Mahathir’s Feeble Attempt At Reviving The Dead IMDB Issue
RPK berkata isu IMDB melalui DoJ adalah babak dua selepas kegagalan dalam melakukan perkara sama pada bulan Julai tahun lepas.
Dedahnya, ia adalah percubaan terakhir Dr Mahathir dalam menghidupkan semula isu 1MDB yang sudah mati dan cuba memastikan perkara itu terus hidup sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Mahathir menyedari bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menyerang Perdana Menteri Najib Tun Razak sehingga beliau mengkaji semula isu 1MDB dengan harapan ia dapat membawa kembali masalah itu dan terus menggunakannya terhadap Najib.”
Bekas aktivis reformasi itu mendedahkan draf saman sivil disusun oleh dua peguam iaitu R. Sivarasa dan Matthias dan selepas itu draf berkenaan dilaksanakan oleh Cynthia dan Clare mengikut kapasiti kekuatan rangkaian masing-masing.
“Aduan saman sivil sebenarnya dirangka oleh Sivarasa dan Matthias, selepas itu Cynthia menyerahkannya kepada Sandra Brown, Pemangku Peguam Daerah Tengah California, Amerika Syarikat.
“Sandra adalah orang yang sama yang terlibat dalam operasi tahun lepas.
“Seminggu yang lalu salinan dokumen ini diberikan kepada Mahathir dan Clare. Oleh itu, setiap orang telah disiapkan dengan betul untuk serangan semalam.
“Apabila beliau menerima dokumen tersebut, Mahathir berkata, “Kali ini kita habiskan Najib”,”dedahnya lagi.


3 comments:

Tanpa Nama berkata... 18 Jun 2017 11:24 PTG

Waaaah..tak sangka org tua yg baling gelas pun tak pecah boleh control doj sedemikian rupa...

Nampak sangat najib mmg tak boleh harap...tengah berkuasa pun tak mampu nak buat sesuatu. Jangankan nak saman...menjawab depan wartawan pun takut. Kah kah kah

Tanpa Nama berkata... 19 Jun 2017 9:50 PG

Dayus takde telo punya admin.

Komen biasa2 je pun takut nak publish ke? Dedak haram tu takkan mampu menutup kebatilan tau tak? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata... 19 Jun 2017 9:31 PTG

Berani kerana benar. Najib amat bertuah sebab sekian lama UMNO mencuri dan hanya kali ini disabitkan dgn 1MDB.

Catat Ulasan